Sunday, 23 October 2011

MASALAH+AZAM+KESABARAN+BERUSAHA=BERJAYA

Masalah yang wujud bukanlah sesuatu yang mampu menutup jalan kita untuk terus melakukan sesuatu yang ingin kita lakukan sebelumnya... Seboleh-bolehnya kita perlu menjadikan satu masalah itu sebagai jalan penyelesai kepada masalah yang kita hadapi sekarang. Bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, jadi sekarang berfikir secara positif dan jalani masalah tersebut seadanya kerana setiap masalah yang kita lalui pasti ada penyelesaiannya seandainya kita sentiasa sabar dan tabah. Sebab Tuhan tak turunkan ujian melebihi kemampuan kita sebagai manusia dan ujian yang dia turunkan buat kita itu adalah kerana dia sayang kepada kita. Hendak melihat sejauh mana kita mampu menjalani ujian tersebut dan sejauh mana kita dapat menyelesaikan masalah tersebut. Gagal hari ini bukan bermaksud kita akan gagal untuk selama-lamanya, jatuh hari ini bukan beerti kita akan terus tersungkur begitu sahaja, gunakan kekuatan yang ada dan bangkit dari kealpaan serta kelalaian sebelumnya dan menjadi seorang yang berjaya pada masa akan datang. Perlu adanya idola untuk membuat kita berjaya, jadikan dia sebagai inspirasi yang perlu kita junjung...................SEMANGAT>>>>

SAMBUNGAN MINGGU 5-6 (KEMAHIRAN ABAD KE-21)

Hari ini saya telah menyiapkan soalan tentang tugasan yang diberikan. Soalan tersebut berkaitan dengan Kemahiran pada abad ke-21 yang menanyakan tentang tentang pemahaman anda tentang kemahiran dalam ICT pada masa kini.Saya juga telah mencari 2 jurnal tentang tajuk tugasan yang telah diberikan kepada saya iaitu berkaitan dengan "21st Century Skills" dimana dalam jurnal tersebut menerangkan bagaimana seorang guru dapat menyediakan pelajar kearah kemahiran pada abad ke-21. Dalam jurnal tersebut ada menyatakan tentang kegunaan teknologi ini yang perlu ada di sekolah dan perlu ada juga seorang ketua yang mahir dalam bidang perkomputeran ini. Pelajar serta guru juga perlu mempunyai strategi untuk menjadikan kemahiran ini sebagai suatu yang menarik serta mencabar minda para pelajar pada masa kini.

Oleh itu, keupayaan guru menjadikan suasana pembelajaran kreatif serta menarik dapat mencambahkan minda serta idea pelajar untuk mebuat sesuatu yang baru dan yang mungkin belum dilakukan oleh pakar komputer yang lain. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas boleh meningkatkan lagi mentaliti pelajar terhadap subjek komputer dalam pendidikan ini. Percambahan idea dan komunikasi antara guru dan pelajar juga amat penting supaya pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lancar. Asas dalam kemahiran komputer ini dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenal pasti kekurang serta kelebihan yang mungkin terdapat di laman sesawang ini.

Sunday, 16 October 2011

SAMBUNGAN MINGGU 5-6 (Cara Menggunakan Survey Monkey)

Hari ini kelas bagi s1k2 telah belajar mengenai bagaimana cara untuk membuat soalan di survey monkey dan cara untuk menggunakan google home. Dalam survey monkey kita perlu membuat 10 item tentang soalan bagi tugasan yang telah diberikan. Minggu ini juga kelas s1k2 perlu mencari dua jurnal bagi tugasan yang diberikan sebagai salah satu bahan rujukan. Melalui bahan -bahan yang telah dicari maka kami dapat membuat soalan tentang tugasan yang telah diberikan. Pelajar dalam kelas s1k2 telah memasuki laman web survey monkey dan kami semua telah mengetahui bagaimana cara untuk menggunakan laman web tersebut. Terima kasih kepada Pn.Aidah dan kak Wani kerana sudi membantu pelajar kelas s1k2 untuk memahami tentang pembelajaran ini. Terima kasih juga kepada Dr.Siti kerana memberi maklumat yang telah dihantar melalui yahoo groups.


Monday, 10 October 2011

MINGGU 5-6

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini, hari ini semua pelajar yang berada dalam kelas GE1152 S1K2 telah belajar mengenai penyelidikan dimana semua pelajar kena kena membuat penyelidikan tentang tugasan yang telah diberikan pada minggu ke-3 dan ke-4 secara terperinci (http://www.docstoc.com/docs/9467874/HBEF2503-KAEDAH-PENYELIDIKAN-DALAM-PENDIDIKAN).



Hari ini juga semua pelajar juga kena belajar tentang plagiarisme/copy and paste (peniruan). Pn. Aidah juga telah menerangkan tentang keburukan seorang pelajar tidak baik melakukan plagiarisme dan juga mempelajari tentang plagiarisme website.  http://en.wikipedia.org/wiki/Plagiarism.



Selepas itu Pn. Aidah juga telah menerangkan serba sedikit tentang Survey monkey dan perlu menggunakan survey monkey itu untuk membuat soalan bagi tugasan yang telah diberikan. Dalam monkey survey juga kita perlu membuat soalan  berdasarkan penyelidikan bagi tugasan yang telah diberikan pada minggu ke-1 hingga ke-4.  



                                                       

Friday, 7 October 2011

MINGGU 3-4 KEGUNAAN INTERNET

 Aktiviti pembelajaran internet
Teknologi membantu pelajar dalam pembelajaran aktif, konstruktif, autentik, bermatlamat dan koperatif. Di antara aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan internet adalah seperti yang berikut:
 
i. Menyokong ujikaji saintifik
Internet digunakan sebagai alat bagi memudahcarakan perayauan pengetahuan oleh pelajar. Perayauan menjadi efektif apabila pelajar mengetahui dengan jelas tujuan ia membuat perayauan, tujuan mencari maklumat ialah untuk menyelesaikan masalah (pembelajaran seperti Problem Based Learning). Sejumlah 192 projek R&D berkaitan dengan ICT bernilai RM46 juta diluluskan di bawah Program Penumpuan 
Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan
(IRPA). Penggunaan internet juga membantu penyelidikan khususnya di dalam pembangunan ICT negara di mana 27 projek berkaitan ICT berjumlah 28 juta juga telah diluluskan di bawah Skim Geran Penyelidikan dan Pembangunan Industri (IGS). 
 
ii. Merekacipta laman web  Membina pengetahuan yang melibatkan pengumpulan idea baru, membandingkan idea dengan struktur sedia ada, mengenalpasti dan memperbaiki perbezaan pendapat di antara apa yang telah diketahui dan apa yang sudah diketahui, dan mengubahsuai pendapat yang sedia ada jika diperlukan. Papert (1990) menyatakan bahawa cara untuk membina pengetahuan ialah menyokong pembinaan artifak fizikal, iaitu membina pengetahuan melalui pembinaan benda. Justeru itu, membina laman web merupakan aktiviti kontruktivitis yang melibatkan pelajar dalam hakcipta rekaan sendiri dan kesan penerbitan. 
 
Para pengajar juga boleh merekacipta laman web bagi proses P&P. Kaedah laman web ini masih dianggap baru bagi sesetengah institusi pengajian berbanding dengan kaedah kuliah yang telah digunakan sejak sekian lama. Kaedah pengajaran melalui laman web ini adalah kaedah pengajaran yang melibatkan pemerhatian dan membuat. Dalam hal ini, pelajar akan memerhati laman web yang disediakan menerusi monitor komputer bertalian internet dengan cara membaca serta berinteraksi dan seterusnya melakukan kerja-kerja mencatat atau membuat penyalinan. 
Secara pedagoginya, laman web dapat menyediakan bahan kuliah yang terancang sejajar dengan keperluan tajuk dan kurikulum. Kebaikan pembelajaran menerusi laman web adalah:-
a. Bahan pengajaran dalam bentuk laman web bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran pengajar ketika atau selepas kuliah.
b. Menyediakan ruang untuk pelajar berinteraksi dengan pengajar menerusi e-mel.
c. Menggalakkan pelajar dengan menggunakan kemudahan internet untuk tujuan pembelajaran.
d. Menyebarkan maklumat kuliah supaya dapat dicapai oleh pelajar di mana-mana sahaja dengan menggunakan teknologi internet.
 
iii. Menyokong pembinaan pengetahuan sosial melalui komunikasi pakatan kerjasama.
Internet merupakan alat pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi banyak topik menarik yang boleh dirayau oleh pelajar tanpa batasan dan had untuk mencapai maklamat dalam pembelajaran mereka. Hanya pelajar yang berdisiplin dan sentiasa mengikuti matlamat pengajaran, serta pandai membuat keputusan sahaja yang akan mendapati penggunaan internet ini merupakan satu sumber pembelajaran yang mengagumkan. 
 
iv. Mentor siber : Komunikasi melalui internet
Internet menyediakan pelbagai cara untuk berbincang tanpa sempadan tempat atau negara. Melalui internet pelajar boleh berbincang tentang apa yang telah dipelajari, memperkayakan pemikian input yang disumbangkan oleh pelajar lain. Contohnya organisasi yang dikenali sebagai Bike About (http://www.ime.net/ddg/Bike) menyediakan hubungan pembelajaran tentang orang dan tempat dengan menghantar satu pasukan berbasikal untuk berkongsi pengalaman dengan sekolah-sekolah di serata dunia dan melalui pelbagai cara. 

Kaedah kali pertama guru belajar internet
 




Dalam usaha melahirkan guru yang mahir menggunakan komputer dan internet, latihan yang berkesan perlu diberikan kepada para guru. Sehubungan dengan itu, para guru telah diberi pinjaman untuk pemilikan komputer bagi meluaskan pengetahuan mereka tentang kemudahan dan penggunaan komputer dan ICT. Untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu inovasi dalam pendidikan, seharusnya penglibatan para guru di awal-awal telah diketengahkan. Strategi yang dapat menentukan agar input dan penglibatan guru itu sentiasa diperolehi secara konsisten dan sistematik. Para guru perlu diberi latihan, kursus, malumat dan pengetahuan yang seiring dengan perkembangan teknologi khususnya dalam internet dan ICT. Pelbagai program latihan dilaksanakan bagi menggalakkan guru mempertingkatkan profesionalisme mereka secara berterusan khususnya di dalam mengatasi penggunaan internet. 
 

b) Peranan guru dalam mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran
Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati semakin ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Jika lima tahun lalu, hampir tiada guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet apa lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru yang mempunyai akses ke Internet sudah semakin bertambah malahan mereka telah menganggap teknologi maklumat merupakan sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses P&P mereka. Perkembangan pesat dalam pengunaan teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.
 
Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku apabila seseorang bertindakbalas terhadap ransangan dan kemudiannya diberi pengukuhan. Teori kognitisme pula menegaskan pembelajaran mereupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di bawah pembelajaran secara behaviorisme dan kognitisme setiap guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Guru kontruktivis menggunakan tugasan yang berdasarkan kepada keadaan sebenar di dalam bilik darjah. 
 
Semasa pembelajaran kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator yang mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajar melalui perayauan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh para guru untuk menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran ini membolehkan para pelajar mencari dan mengakses maklumat daripada mana-mana sumber yang terdapat dalam internet. Seharusnya guru yang akan mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu memahami dan mendalami pengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudahcaranya mengajar kelak. 
 
Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan sebagai fasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini membolehkan para guru bebas bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaran formal yang lama. Guru membantu pelajar mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi. 
 
c) Kurikulum untuk pendidikan era internet
Salah satu kesan yang ketara merupakan penawaran subjek komputer di peingkat sekolah rendah, menengah dan juga institusi pengajian tinggi. Kursus ini sendiri merupakan satu gesaan untuk membolehkan para pelajar mengetahui dan menggunakan teknologi komunikasi. Kini terdapat bidang-bidang pengajian yang baru seperti komputer, teknologi maklumat, pengurusan maklumat, multimedia dan sebagainya. Tidak kurang juga kesannya memanfaatkan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembentukan kurikulum adalah berkait rapat dengan tujuan sesuatu program pendidikan masa depan. Pertimbangan yang wajar harus diberi perhatian adalah perubahan ketara masa kini ialah aliran hala tuju dunia sejagat ke era gelombang ketiga iaitu berasaskan maklumat. Penguasaan terhadap teknologi maklumat menjadikan seseorang atau negara mempunyai kelebihan dan kekuatan (Naisbitt, 1990). 
 
Sebagai contoh, perubahan-perubahan dalam perlaksanaan struktur kurikulum latihan di maktab-maktab perguruan turut mengubah kuriklum di dalam bidang teknologi pendidikan khususnya dalam penggunaan media pengajaran. Perubahan yang ketara dari segi nama sukatan pelajaran kursus, isi kandungan, taksonomi objektif, kaedah perlaksanaan, penilaian dan tempoh perlaksanaan Sehubungan dengan itu, pengalaman pelajar yang mengikuti sesuatu kursus teknologi pendidikan sebagai objek tumpuan makan membolehkan pengajar memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan kurikulum terkini yang berteraskan kepada teknologi maklumat dan komunikasi. 
d.Pengawalseliaan penggunaan internet di sekolah
 
Memandangkan kandungan internet yang amat luas dan tiada kawalan, maka satu kawalan pengawalseliaan yang berkesan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan para pelajar terdedah kepada maklumat yang berunsur negatif dan tidak bermanfaat terhadap proses pembelajaran mereka. Ramlah (1996) mencadangkan dalam usaha memperluaskan penggunaan internet kepada lebih ramai guru dan pelajar, kementerian haruslah mengenalpasti samada kaedah yang digunakan untuk mengawalselia penggunaan internet di sekolah adalah berkesan. Pihak sekolah, terutamanya guru-guru yang bertugas mempunyai akauntabiliti untuk menyimpan rekod penggunaan internet di makmal komputer dan membuat laporan yang lengkap merangkumi nama pengguna, tujuan penggunaan, masa penggunaan dan penyelia yang bertugas. Sekolah hendaklah menyediakan panduan dan peraturan penggunaan komputer dan internet dan menyatakan dengan jelas tindakan yang akan diambil akibat melanggar peraturan (Ragsdale, 1996; Snaley, 1996). Selain dari itu, Ramlah juga mencadangkan etika dimasukkan ke dalam kurikulum internet bertujuan untuk memudahkan penyiasatan kes-kes penyalahgunaan kemudahan internet di sekolah.
 
Bagi memastikan penggunaan internet yang beretika, kerajaan telah mewujudkan Pusat TIndak Balas Kecemasan dan Keselamatan ICT Kebangsaan (NICER) yang menyediakan perkhidmatan dalam bidang forensic komputer, program pembudayaan, penyelidikan dasar, khidmat nasihat keselamatan dan penilaian perisian keselamatan. Penyediaan Rangka Kerja Keselamatan Maklumat Kebangsaan diwujudkan bagi menangani aspek perundangan, kawal selia dan teknikal.

MINGGU 3-4

Pengurusan Program Pembelajaran
Definisi
Komputer merupakan alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan dan sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana mampu menerima dan memproses data yang diperlukan oleh setiap individu.

Bagaimana Aplikasi ini digunakan

Internet dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti samada dalam tugasan harian atau yang melibatkan proses P&P. Menurut Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia (MTMK) melaporkan terdapat 10 juta pengguna internet dijangkakan pada tahun 2003. Terdapat pertambahan empat kali ganda atau pertambahan 400 peratus daripada 1.6 juta pada tahun 1998 kepada 6.5 juta pada tahun 2001 (Berita Harian, 14 Jun 2002). Ini menunjukkan penggunaan internet ini diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dalam pendidikan di Malaysia.

Siapa yang menggunakan pengurusan ini?

Guru dan pelajar boleh menyiarkan bahan-bahan dalam internet. Proses penyiaran melalui internet adalah lebih cepat dan murah berbanding dengan saluran tradisional. Hasil kerja pengajar dan pelajar boleh dihantar ke internet supaya seluruh dunia dapat membacanya atau membuat penilaian terhadap sesuatu pengajaran yang dibangunkan. Kreativiti dan inovasi guru juga dapat dipaparkan melalui internet bagi pembangunan dan pengembangan kerjaya seseorang guru dalam bidangnya. Dengan adanya penyebaran maklumat secara global ini, ia juga dapat menaikkan lagi nama sesebuah institusi pengajian. 

Kebaikan menggunakan aplikasi internet

i. Pelajar boleh belajar mengikut tahap sendiri berdasarkan keupayaannya.
ii. Belajar mengikut lokasi yang sesuai samada di pejabat, rumah, universiti dan masa santai kerana kemudahan internet ini boleh diakses di mana sahaja lebih-lebih lagi dengan adanya 3G.
iii. Pelajar boleh melibatkan diri dalam program yang ditawarkan oleh universiti, kolej, dan kumpulan lain yang menawarkan program berprestij dan berkualiti tanpa berpindah lokasi.
iv. Pembelajaran melalui e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih untuk menggunakan pelbagai teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer, rakaman pita video dan lain-lain.
v. Pelajar boleh mengarahkan pembelajaran mereka sendiri akan tetapi panduan pembelajaran diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.Pelajar perlu bertanggungjawab terhadap program pengajiannya, menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan, mengumpul maklumat dan membangunkan kemahirannya.



Wednesday, 5 October 2011

MINGGU 1-2

 A138436 S1K2: Salam sejahtera saya ucapkan buat pembaca bagi blog saya ini melalui blog ini saya berharap dapat berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang apa yang telah saya buat minggu yang lepas

Facebook - Pada miggu lepas saya telah belajar mengenai bagaimana cara untuk membuat akaun "facebook" dan membuat kumpulan dalam facebook tersebut. Melalui cara tersebut saya juga dapat berkomunikasi dengan pelajar lain atau kawan yang sama mengambil subjek komputer dalam pendidikan tersebut. Melalui facebook ini juga saya dapat berkongsi dengan kawan-kawan yang lain tentang tugasan-tugasan yang telah diberikan.


Yahoo - Dalam kelas minggu lalu saya juga telah belajar cara untuk membuat "yahoo groups" sebelum ini saya sememangnya tidak arif tentang perkara-perkara tersebut tetapi mujurlah ada subjek komputer dalam pendidikan ini dimana saya dapat belajar serba sedikit mengenai cara-cara untuk membuat kumpulan yahoo tersebut. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membantu saya dan tidak lupa juga kepada Dr. Siti yang sudi memberi komen kepada setiap pelajar berkenaan tugasan tersebut dan tidak lupa juga kepada Pn. Aidah kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang mengambil subjek komputer dalam pendidikan ini.





Gmail - Satu laman yang susah untuk saya buat dimana saya banyak melakukan kesilapan pada kali pertama saya membuat akaun bagi gmail ini. Namun demikian, ada juga kawan- kawan serta pemudah cara yang sudi menrangkan dan memberi tunjuk ajar kepada kami semua tentang cara-cara membuat akaun gmail tersebut. Rujukan dalam proforma yang telah diberikan dalam spin juga sedikit sebanyak dapat menbantu melaksanakan tugasan tersebut walaupun sedikit payah untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Dengan tekad dan keazaman yang ada saya berharap dapat menyelesaikan tugasan yang telah diberikan.



Terima kasih kerana sudi melihat blog saya walaupun saya tidak tahu adakah format yang saya gunakan itu salah atau betul tetapi setidak-tidaknya saya ingin mencuba dan terus mencuba.