Friday, 7 October 2011

MINGGU 3-4 KEGUNAAN INTERNET

 Aktiviti pembelajaran internet
Teknologi membantu pelajar dalam pembelajaran aktif, konstruktif, autentik, bermatlamat dan koperatif. Di antara aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan internet adalah seperti yang berikut:
 
i. Menyokong ujikaji saintifik
Internet digunakan sebagai alat bagi memudahcarakan perayauan pengetahuan oleh pelajar. Perayauan menjadi efektif apabila pelajar mengetahui dengan jelas tujuan ia membuat perayauan, tujuan mencari maklumat ialah untuk menyelesaikan masalah (pembelajaran seperti Problem Based Learning). Sejumlah 192 projek R&D berkaitan dengan ICT bernilai RM46 juta diluluskan di bawah Program Penumpuan 
Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan
(IRPA). Penggunaan internet juga membantu penyelidikan khususnya di dalam pembangunan ICT negara di mana 27 projek berkaitan ICT berjumlah 28 juta juga telah diluluskan di bawah Skim Geran Penyelidikan dan Pembangunan Industri (IGS). 
 
ii. Merekacipta laman web  Membina pengetahuan yang melibatkan pengumpulan idea baru, membandingkan idea dengan struktur sedia ada, mengenalpasti dan memperbaiki perbezaan pendapat di antara apa yang telah diketahui dan apa yang sudah diketahui, dan mengubahsuai pendapat yang sedia ada jika diperlukan. Papert (1990) menyatakan bahawa cara untuk membina pengetahuan ialah menyokong pembinaan artifak fizikal, iaitu membina pengetahuan melalui pembinaan benda. Justeru itu, membina laman web merupakan aktiviti kontruktivitis yang melibatkan pelajar dalam hakcipta rekaan sendiri dan kesan penerbitan. 
 
Para pengajar juga boleh merekacipta laman web bagi proses P&P. Kaedah laman web ini masih dianggap baru bagi sesetengah institusi pengajian berbanding dengan kaedah kuliah yang telah digunakan sejak sekian lama. Kaedah pengajaran melalui laman web ini adalah kaedah pengajaran yang melibatkan pemerhatian dan membuat. Dalam hal ini, pelajar akan memerhati laman web yang disediakan menerusi monitor komputer bertalian internet dengan cara membaca serta berinteraksi dan seterusnya melakukan kerja-kerja mencatat atau membuat penyalinan. 
Secara pedagoginya, laman web dapat menyediakan bahan kuliah yang terancang sejajar dengan keperluan tajuk dan kurikulum. Kebaikan pembelajaran menerusi laman web adalah:-
a. Bahan pengajaran dalam bentuk laman web bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran pengajar ketika atau selepas kuliah.
b. Menyediakan ruang untuk pelajar berinteraksi dengan pengajar menerusi e-mel.
c. Menggalakkan pelajar dengan menggunakan kemudahan internet untuk tujuan pembelajaran.
d. Menyebarkan maklumat kuliah supaya dapat dicapai oleh pelajar di mana-mana sahaja dengan menggunakan teknologi internet.
 
iii. Menyokong pembinaan pengetahuan sosial melalui komunikasi pakatan kerjasama.
Internet merupakan alat pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi banyak topik menarik yang boleh dirayau oleh pelajar tanpa batasan dan had untuk mencapai maklamat dalam pembelajaran mereka. Hanya pelajar yang berdisiplin dan sentiasa mengikuti matlamat pengajaran, serta pandai membuat keputusan sahaja yang akan mendapati penggunaan internet ini merupakan satu sumber pembelajaran yang mengagumkan. 
 
iv. Mentor siber : Komunikasi melalui internet
Internet menyediakan pelbagai cara untuk berbincang tanpa sempadan tempat atau negara. Melalui internet pelajar boleh berbincang tentang apa yang telah dipelajari, memperkayakan pemikian input yang disumbangkan oleh pelajar lain. Contohnya organisasi yang dikenali sebagai Bike About (http://www.ime.net/ddg/Bike) menyediakan hubungan pembelajaran tentang orang dan tempat dengan menghantar satu pasukan berbasikal untuk berkongsi pengalaman dengan sekolah-sekolah di serata dunia dan melalui pelbagai cara. 

Kaedah kali pertama guru belajar internet
 




Dalam usaha melahirkan guru yang mahir menggunakan komputer dan internet, latihan yang berkesan perlu diberikan kepada para guru. Sehubungan dengan itu, para guru telah diberi pinjaman untuk pemilikan komputer bagi meluaskan pengetahuan mereka tentang kemudahan dan penggunaan komputer dan ICT. Untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu inovasi dalam pendidikan, seharusnya penglibatan para guru di awal-awal telah diketengahkan. Strategi yang dapat menentukan agar input dan penglibatan guru itu sentiasa diperolehi secara konsisten dan sistematik. Para guru perlu diberi latihan, kursus, malumat dan pengetahuan yang seiring dengan perkembangan teknologi khususnya dalam internet dan ICT. Pelbagai program latihan dilaksanakan bagi menggalakkan guru mempertingkatkan profesionalisme mereka secara berterusan khususnya di dalam mengatasi penggunaan internet. 
 

b) Peranan guru dalam mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran
Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati semakin ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Jika lima tahun lalu, hampir tiada guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet apa lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru yang mempunyai akses ke Internet sudah semakin bertambah malahan mereka telah menganggap teknologi maklumat merupakan sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses P&P mereka. Perkembangan pesat dalam pengunaan teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.
 
Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku apabila seseorang bertindakbalas terhadap ransangan dan kemudiannya diberi pengukuhan. Teori kognitisme pula menegaskan pembelajaran mereupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di bawah pembelajaran secara behaviorisme dan kognitisme setiap guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Guru kontruktivis menggunakan tugasan yang berdasarkan kepada keadaan sebenar di dalam bilik darjah. 
 
Semasa pembelajaran kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator yang mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajar melalui perayauan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh para guru untuk menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran ini membolehkan para pelajar mencari dan mengakses maklumat daripada mana-mana sumber yang terdapat dalam internet. Seharusnya guru yang akan mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu memahami dan mendalami pengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudahcaranya mengajar kelak. 
 
Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan sebagai fasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini membolehkan para guru bebas bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaran formal yang lama. Guru membantu pelajar mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi. 
 
c) Kurikulum untuk pendidikan era internet
Salah satu kesan yang ketara merupakan penawaran subjek komputer di peingkat sekolah rendah, menengah dan juga institusi pengajian tinggi. Kursus ini sendiri merupakan satu gesaan untuk membolehkan para pelajar mengetahui dan menggunakan teknologi komunikasi. Kini terdapat bidang-bidang pengajian yang baru seperti komputer, teknologi maklumat, pengurusan maklumat, multimedia dan sebagainya. Tidak kurang juga kesannya memanfaatkan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembentukan kurikulum adalah berkait rapat dengan tujuan sesuatu program pendidikan masa depan. Pertimbangan yang wajar harus diberi perhatian adalah perubahan ketara masa kini ialah aliran hala tuju dunia sejagat ke era gelombang ketiga iaitu berasaskan maklumat. Penguasaan terhadap teknologi maklumat menjadikan seseorang atau negara mempunyai kelebihan dan kekuatan (Naisbitt, 1990). 
 
Sebagai contoh, perubahan-perubahan dalam perlaksanaan struktur kurikulum latihan di maktab-maktab perguruan turut mengubah kuriklum di dalam bidang teknologi pendidikan khususnya dalam penggunaan media pengajaran. Perubahan yang ketara dari segi nama sukatan pelajaran kursus, isi kandungan, taksonomi objektif, kaedah perlaksanaan, penilaian dan tempoh perlaksanaan Sehubungan dengan itu, pengalaman pelajar yang mengikuti sesuatu kursus teknologi pendidikan sebagai objek tumpuan makan membolehkan pengajar memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan kurikulum terkini yang berteraskan kepada teknologi maklumat dan komunikasi. 
d.Pengawalseliaan penggunaan internet di sekolah
 
Memandangkan kandungan internet yang amat luas dan tiada kawalan, maka satu kawalan pengawalseliaan yang berkesan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan para pelajar terdedah kepada maklumat yang berunsur negatif dan tidak bermanfaat terhadap proses pembelajaran mereka. Ramlah (1996) mencadangkan dalam usaha memperluaskan penggunaan internet kepada lebih ramai guru dan pelajar, kementerian haruslah mengenalpasti samada kaedah yang digunakan untuk mengawalselia penggunaan internet di sekolah adalah berkesan. Pihak sekolah, terutamanya guru-guru yang bertugas mempunyai akauntabiliti untuk menyimpan rekod penggunaan internet di makmal komputer dan membuat laporan yang lengkap merangkumi nama pengguna, tujuan penggunaan, masa penggunaan dan penyelia yang bertugas. Sekolah hendaklah menyediakan panduan dan peraturan penggunaan komputer dan internet dan menyatakan dengan jelas tindakan yang akan diambil akibat melanggar peraturan (Ragsdale, 1996; Snaley, 1996). Selain dari itu, Ramlah juga mencadangkan etika dimasukkan ke dalam kurikulum internet bertujuan untuk memudahkan penyiasatan kes-kes penyalahgunaan kemudahan internet di sekolah.
 
Bagi memastikan penggunaan internet yang beretika, kerajaan telah mewujudkan Pusat TIndak Balas Kecemasan dan Keselamatan ICT Kebangsaan (NICER) yang menyediakan perkhidmatan dalam bidang forensic komputer, program pembudayaan, penyelidikan dasar, khidmat nasihat keselamatan dan penilaian perisian keselamatan. Penyediaan Rangka Kerja Keselamatan Maklumat Kebangsaan diwujudkan bagi menangani aspek perundangan, kawal selia dan teknikal.

No comments:

Post a Comment